Politik dan pemimpin mesti konsisten berintegriti

- Advertisement -

KUALA NERUS: PAS perlu kekal konsisten menampilkan politik dan pemimpin berintegriti dengan sifat jujur dan bersih serta perubahan peribadi yang dihormati rakyat agar dapat memulihkan negara ini.

Perwakilan PAS Negeri Selangor, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh mengulangi penegasan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk patuh tanpa kompromi terhadap prinsip dan nilai morak serta etika yang kuat.

Beliau menyokong bahawa jumlah sokongan majoriti tanpa integriti adalah pembohongan dan mengundang perangai buruk yang akhirnya akaj melemahkan dan menyebabkan kemusnahan kepada negara.

Turut dipetiknya betapa perubahan dengan kuasa dan kaya-raya tanpa perubahan peribadi pemimpin akan membawa kepada kezaliman, politik wang, rasuah dan pembohongan hingga integriti tidak lagi diutamakan.

Beliau berucap membahas Ucapan Dasar Presiden PAS bertemakan ‘Islam Menyatukan Ummah’ dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67 di Duyong Marina Resort, di sini sebentar tadi.

“Berbanding dengan enam dekad yang lalu, hari ini PAS berada dalam posisi yang cukup bertenaga kerana PAS sudah berada dalam kerajaan. Dan PAS perlu terus bijak dan mengatur dan menyusun strategi bagi menghadapi kerencaman masyarakat.

“Dalam waktu yang sama tidak sekali kali mengendur dan menggadaikan prinsip yang merupakan tunjang kekuatan kita zaman berzaman. Inilah antara yang perlu kita pertimbangkan dan kita fikirkan.

“Peranan PAS dalam masyarakat yang diharapkan dpat membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti, yang diharapkan dapat bersama dengan rakyat memerangi rasuah yang diharapkan dapat memimpin ummah dalam pemimpin politik negara ini.

“Sebagai sebuah parti politik yang telah lama dalam persama politik negara, kita merasakan sudah sampai masanya kitaa membuktikan kepada rakyat bahawa PAS mampu memimpin ummah menuju ke gerbang kejayaan,” ujarnya.

Beliau mengajak kepada satu usaha gerak kerja yang cemerlang dan berintegriti sebagaimana pedoman telah ditunjukkan baginda Nabi Muhammad S.A.W. – HARAKAHDAILY 6/11/2021

- Advertisement -
- Advertisement -