PAS Nibong Tebal bantu mangsa kebakaran

- Advertisement -

Oleh NAZRI ABD HAMID

NIBONG TEBAL:
PAS Kawasan Nibong Tebal memberikan bantuan kepada empat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Teluk Ipil di sini, hari ini.

Yang Dipertua PAS kawasan, Nor Zamri Latiff menyampaikan sedikit sumbangan berupa pakaian, barangan dapur serta wang tunai bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.

Turut hadir dalam ziarah itu ialah Setiausaha PAS kawasan Mohamad Husnol Husin, Ketua Dewan Muslimat, Norlia Mohamed.

- Advertisement -

Menurut Nor Zamri, mangsa terdiri 21 orang daripada empat keluarga yang mendiami empat buah rumah di situ dalam kejadian jam 4 petang semalam, antaranya Che Ani Sharif, 78, Salmah Din, 66, Marliana, 37, dan Halijah Idris, 50-an.

Rumah yang diperbuat daripada kayu pada bahagian atas menyebabkan kebakaran itu merebak dengan cepat.

Walau bagaimanapun tindakan pantas anggota Bomba telah berjaya mengawal kebakaran daripada merebak.

Nor Zamri berkata, mangsa tidak sempat menyelamatkan sebarang dokumen peribadi, pakaian, perkakas elektrik serta tiga buah motosikal dan kini tinggal sehelai sepinggang.

“Sekarang ini mereka mengharapkan sumbangan daripada orang ramai untuk bantu mereka bina semula kehidupan.

“Buat sementara waktu mereka menumpang di rumah saudara mara yang berdekatan dari tempat kejadian,” kata Nor Zamri

Dalam pada itu, Norlia berkata, Muslimat Nibong Tebal amat bersimpati dan turut sama merasa sedih di atas kejadian yang menimpa dan berharap mangsa beserta ahli keluarga dapat bertenang dan bersabar.

Sebarang sumbangan untuk membantu mangsa boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 08022010050558 atas nama PAS Kawasan Nibong Tebal atau menghubungi Bendahari di talian 013-4204009 untuk maklumat lanjut. – HARAKAHDAILY 3/11/2021

- Advertisement -