87.2 peratus populasi dewasa divaksinasi sepenuhnya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20,418,495 individu atau 87.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah selesai menjalani suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, kira-kira 2.8 peratus lagi untuk mencapai 90 peratus vaksinasi dewasa.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW, 94.3 peratus atau 22,070,545 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala tiga peratus atau 92,949 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah selesai divaksinasi.

- Advertisement -

Sejumlah 211,517 dos telah diberikan semalam dengan 89,695 melibatkan dos pertama manakala 121,822 dos kedua, menjadikan jumlah pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,145,505 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Sementara itu, 109 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan 33 daripada jumlah itu membabitkan kematian dilaporkan berlaku di luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,565. – BERNAMA

- Advertisement -