Pelajar PASTI bersukan secara norma baharu

- Advertisement -

Oleh NURUL SYAKINAH SYANING

LAHAD DATU:
Pandemik Covid-19 yang masih menular sekarang mengubah segala-galanya termasuk juga aktiviti sukan dalam kalangan pelajar.

Begitu juga bagi pelajar PASTI di sini menyertai pertandingan bola sepak dan bola jaring secara atas talian. Garis panduan acara tersebut disediakan PASTI Malaysia.

- Advertisement -

Ibu bapa pelajar bertindak merakam video anak mereka bersukan kemudian menghantar kepada pihak pengurusan PASTI untuk dinilai juri-juri bertauliah.

Program itu diadakan menggantikan bersukan secara fizikal sebelum ini, sebagai usaha menyokong perkembangan dan pertumbuhan murid-murid PASTI.

Ketua Urusan Ulama PAS Silam, Ustaz Mohd Zaki Ibrahim berkata, murid-murid PASTI boleh bersukan biarpun pandemik Covid-19 masih lagi menular.

“Semua aktiviti sekarang berlangsung dengan normal baharu, di mana anak-anak PASTi bersukan secara bersendirian di rumah dan dirakam gambar oleh ibu bapa.

“Jika sebelum ini Pesta Sukan PASTI diadakan secara bersemuka dan meriah tetapi kali ini diadakan dalam keadaan normal baru, berlangsung secara dalam talian,” katanya pada program berkenaan semalam.

Menurutnya juga anak-anak kecil perlu dilatih bersukan supaya apabila besar mereka akan menjadi umat yang sihat dan kuat.

Pada program itu 10 murid PASTI dipilih sebagai pemenang acara bola sepak dan bola jaring kategori individu, manakala acara berkumpulan dimenangi oleh PASTI al-Fateh. – HARAKAHDAILY 1/9/2021

- Advertisement -