‘Sekurangnya-kurangnya ia membantu mereka yang kesempitan’

- Advertisement -

Oleh RUSILAH MD SOM

SEREMBAN: Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Dato’ Eddin Syazlee Shith berharap bakul makanan yang diterima mereka serta bakal diedarkan di negeri itu dapat membantu rakyat Negeri Sembilan yang berada dalam kesempitan.

Menurutnya, beliau berharap supaya inisiatif itu dapat mengurangkan beban rakyat yang kini berada dalam kesempitan akibat pandemik Covid-19.

- Advertisement -

“Sekurang-kurangnya bakul makanan yang bakal diedarkan setiap wakil mampu meringankan bebanan, mereka yang benar-benar berada dalam kesempitan hidup,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas selesai menyempurnakan majlis pelancaran Program Ziarah Prihatin (PZP) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan di Pejabat Bersatu Negeri Sembilan, di sini, semalam.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis tersebut.

Dalam majlis sama, Eddin Syazlee turut menyerahkan 1,000 bakul makanan kepada ketiga-tiga wakil yang hadir iaitu, Bersatu, PAS dan Gerakan.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha; Naib Pengerusi Bersatu, Dato’ Mohamad Hanapi Mohd Zain dan Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan, Dato David Choong Vee Hing.

Antara pimpinan lain yang turut bersama dalam majlis pelancaran itu termasuklah Ketua Wanita PN Negeri Sembilan, Fazilah Abu Samah yang juga merupakan Ketua Muslimat PAS negeri; Penolong Ketua Pemuda PN negeri, Khairul Yazman merangkap Ketua Pemuda PAS negeri serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa PN Negeri Sembilan. – HARAKAHDAILY 27/8/2021

- Advertisement -