Bawa imej Pahang jadi negeri pembangun rekabentuk

Menjadi negeri pra-industri pengeluar idea dan peneraju zaman pemodenan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pahang perlu menuju kepada imej baharu menjadi sebuah negeri pra-industri yang melancarkan produk dan rujukan dalam segala bidang berkaitan sekali gus menerajui zaman pemodenan.

Mohd Sofian Abd Jalil (PAS-Luit) untuk itu mencadangkan Institut Pembangunan Idea Rekabentuk dan Rekabina bertaraf nasional serta segala kemudahan fizikalnya yang mesra rekacipta diwujudkan di negeri ini.

“Kewibawaan Menteri Besar diyakini dapat membawa Pahang menjadi sebuah negeri ‘pre-industry’ dan ‘trend setter’ kepada negara. Menjadi negeri pengeluar ‘designer’, pusat pelancaran produk baharu dan negeri rujukan segala bidang industri.

“Seperti fesyen, product design, ceramic, plastic, metal, furniture, graphic film dan sebagainya. Dengan kalimah “We are the brain in industrialization” (Kita pemikir pada zaman pemodenan), pereka atau ‘designer’ telah terbukti berjaya.

“Mereka membawa negara menjadi pengeluar idea yang menghasilkan produk industri yang hebat seperti Itali, Korea dan Jepun,” ujarnya membahas junjung kasih Titah Diraja pada Persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini semalam.

Tegasnya, kemampuan menuju kepada pemodenan itu sekali gus akan membawa Pahang keluar dari imej negeri Pantai Timur yang sering dipandang sinonim dengan hutan, pantai, ikan, sungai, gajah, air terjun, getah dan sawit sahaja.

Malah kemukanya, ia selari dengan Titah Diraja kepada kerajaan supaya meningkatkan hasil negeri dengan mencari sumber alternatif baharu tanpa bergantung kepada hasil galian bumi atau hutan semata-mata.

Dalam perbahasan itu, Sofian juga menarik perhatian kerajaan untuk memperuntukkan pembinaan sebatang jambatan merentangi Sungai Pahang di Kampung Lubuk Paku dalam DUN beliau itu bagi kepentingan awam.

“Ada tiga kewajaran dan rasional permohonan ini. Pertama, projek ini akan mnjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di bahagian tengah negeri Pahang kerana kedudukan Daerah Maran di kelilingi enam daerah lain dengan jumlah penduduk lebih 1.2 juta.

“Produk pertanian, penternakan dan produk industri kecil sederhana dapat dipasarkan dengan meluas ke Lembah Klang serta negeri Pantai Timur melalui kemudahan lebuh raya LPT dan stesen ECRL di Bandar Maran.

“Penerokaan pasaran ini boleh meningkatkan aktiviti pertanian seperti penanaman padi kini sekitar 10,000 hektar dan koko sekitar 400 hektar. Sektor penternakan juga akan meningkat dengan jumlah terkini penternakan lembu tenusu dan daging sekitar 100,000 ekor. Kerbau dan kambing masing-masing lebih kurang sekitar 30,000 ekor juga.

Kedua, pihak kerajaan telah melabur ratusan juta ringgit di Maran seperti pembinaan lebuh raya LPT, ECRL, hospital, pejabat pentadbiran, komplek perniagaan yang perlu ‘fully utilize’ oleh penduduk di Maran,” hujahnya.

Namun katanya, jumlah penduduk daerah ini sekitar 120,000 masih tidak memadai, sebaliknya pembinaan jambatan yang diidamkan ini sudah pasti akan mnjadi faktor penting menarik ramai pengunjung ke Bandar Maran.

Ketiga bentang beliau, menjadi laluan penting dalam sistem perhubungan jalan raya di negeri Pahang terutama memudahkan mobilisasi penduduk tiga daerah iaitu Rompin, Pekan dan Bera yang terputus dengan tiga daerah lain iaitu Jerantut, Temerloh dan Kuantan. – HARAKAHDAILY 25/8/2021

- Advertisement -
- Advertisement -