Masjid Abu Ubaidah Ibni Al Jarrah bantu ahli terkesan Covid-19

- Advertisement -

Oleh NAZRI ABD HAMID

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Prihatin dengan musibah yang menimpa ahli kariah yang terkesan dengan Covid-19, Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Kariah Bandar Tasek Mutiara telah mengambil langkah awal untuk membantu mangsa di sini.

Masjid ini baharu sahaja di buka pada 14 Jun lalu dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Anur Hussin yang juga Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang.

Walaupun dalam serba kekurangan sumber kewangan, pihak masjid tetap merancang beberapa program bantuan kepada masyarakat.

“Kami telah berjaya mengumpul sumbangan dari penduduk dan qaryah setempat sebanyak sepuluh ribu ringgit untuk membeli dua buah mesin bantuan pernafasan ‘RP Everflo Oxygen Concentrator’ bagi membantu mangsa Covid-19 yang memerlukan bantuan oksigen yang di kuarantin dirumah ketika ini,” kata Anur yang juga Imam di masjid bekernaan.

Dalam keadaan yang sukar ini kata beliau, usaha ini dapat membantu pesakit untuk menerima bantuan awal sebelum ditempatkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Untuk melancarkan proses bantuan berkenaan, pihak masjid telah mewujudkan pasukan bantuan kecemasannya sendiri bagi memantau dan melaporkan situasi tahap kesihatan ahli qaryah kepada pihak masjid.

Katanya lagi, hal ini amat penting bagi menyusun dan menyelaras setiap bantuan yang diperlukan.

Dalam masa yang sama, ia dapat meringankan bebanan mangsa dalam barangan dapur, bantuan duit belanja dan lain-lain.

Katanya lagi, pihak masjid juga menyediakan makanan yang telah dimasak dua kali sehari kepada ahli kariah seisi keluarga yang kuarantin hingga tamat tempoh kuarantin .

“Selain dari itu pihak masjid juga memerlukan sebuah Van Jenazah yang akan diwakafkan kepada seluruh penduduk sekitar.

“Kami memerlukan perbelanjaan RM150,000 untuk melaksanakan pembelian van jenazah dan peralatannya,” kata Ustaz Mohd Anur lagi.

Bagi sesiapa yang ingin menyumbang, boleh salurkan ke akaun Maybank 557 2231 062 70 diatas nama Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah atau boleh hubungi 012-444 3510. – HARAKAHDAILY 24/8/2021

- Advertisement -