PAS Rasah terjemahkan ‘Kebajikan Untuk Semua’

- Advertisement -

Oleh JANIRA AIN ABU BAKAR

RASAH: Lima keluarga terkesan akibat pandemik Covid-19 di Rasah menerima manfaat bantuan bakul makanan oleh PAS kawasan ini, semalam.

Menurut Yang Yang Dipertua PAS Kawasan Rasah, Ustaz Mohd Khairil Anuar Wafa, PAS memandang berat akan kebajikan warga Rasah yang kehilangan sumber pendapatan.

- Advertisement -

Malah katanya, pihaknya amat bersimpati kepada mereka yang kehilangan pekerjaan akibat diberhentikan kerja oleh majikan.

Justeru itu ujarnya, pihaknya akan meneruskan misi kebajikan itu secara berkala tanpa mengira bangsa, kaum, agama serta fahaman politik.

“Ini sangat bertepatan dengan frasa “PAS For All” yang cuba diterjemahkan dalam perbuatan, bukan sekadar retorik.

“PAS sentiasa komited menghulurkan bantuan dan cakna akan denyut nadi rakyat yang terkesan dengan situasi sekarang,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Misi kali ini diteraju oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Rasah dengan usahasama Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Sembilan.

Sumbangan itu disampaikan sendiri oleh Ustaz Mohd Khairil Anuar bersama Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Sembilan, Yau Con Seng. – HARAKAHDAILY 23/8/2021