Kempen Kibar Jalur Gemilang pupuk semangat patriotik

- Advertisement -

Oleh SITI NADIRAH SHASHA

KOTA KINABALU:
Jalur Gemilang diagihkan bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya rakyat Sabah.

Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Dr Aliakbar Gulasan telah menganjurkan Kempen Kibar Jalur Gemilang dengan kerjasama ARC, Sabah Relief, penghantar Foodpanda dan penghantar Grab Food di sini, semalam.

- Advertisement -

Dr Aliakbar yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Sepanggar menyarankan seluruh rakyat Malaysia terutamanya rakyat Sabah mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda semangat kemerdekaan dan kesatuan.

“Kemerdekaan merupakan satu nikmat yang besar bagi penduduk dan rakyat Malaysia, oleh itu jangan ketinggalan untuk meraikan Hari Kemerdekaan ini,” ujarnya.

Terdapat beberapa aktiviti telah dijalankan semasa program antaranya pengagihan Jalur Gemilang kepada pengunjung Salut Commercial Center dan edaran bendera serta beras kepada 30 orang peniaga tepi jalan.

Penganjur turut mengagihkan bakul makanan kepada 25 keluarga di Kampung Sepakat Jaya dan 21 orang penghantar Foodpanda.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Kinabalu, Tarmizi Yahya, Ketua Pemuda PAS Kota Kinabalu, Siddiq Bakri, Pengerusi Sabah Relief, Afiq Nordin, Pengerusi ARC Sepanggar, Rashlee Jonklas dan beberapa orang AJK PAS Kawasan Sepanggar. – HARAKAHDAILY 23/8/2021

- Advertisement -