Taliban bukan macam dulu, pelajar perempuan boleh bersekolah

Taliban membenarkan pelajar perempuan menuntut ilmu hingga ke universiti
- Advertisement -

HERAT: Gadis memakai hijab putih dan pakaian seragam hitam, melangkah masuk ke kelas di sebuah sekolah di bandar ini yang terletak di barat Afghanistan, beberapa hari selepas Taliban mengambil alih negara.

Di suatu sudut lain, beberapa pelajar perempuan berkumpul di koridor sekolah dan berbual, pemandangan yang sekali gus melupakan kekacauan melanda negara itu sejak dua minggu lalu.

Pemandangan yang sebelum ini dikhuatiri diharamkan oleh Taliban, dirakamkan oleh jurugambar AFP minggu ini, beberapa hari selepas Taliban menguasai bandar ini dan bandar lain dengan tentangan yang terlalu sedikit berikutan keruntuhan kerajaan di bawah pentadbiran Presiden Ashraf Ghani.

- Advertisement -

“Kami mahu kemajuan seperti negara lain dan kami juga harap Taliban akan mengekalkan keamanan. Kami tidak mahu peperangan, kami mahu keamanan di negara ini,” kata pelajar yang dikenali sebagai Roqia.

Kedudukan berhampiran sempadan negara itu dan Iran, Herat yang terletak di laluan sutera, sekian lama dikenali sebagai bandar kosmopolitan, puisi dan seni dengan wanita berjalan bebas di jalan, menghadiri sekolah dan kolej dalam jumlah yang besar.

Bagaimanapun, kehadiran Taliban menyebabkan pemandangan itu menjadi ketidaktentuan. Ini berikutan ketika di bawah pentadbiran Taliban yang menguasai Afghanistan pada 1990-an, kebanyakan wanita dinafikan hak mereka mendapat pendidikan dan pekerjaan.

Memakai hijab yang menutup muka menjadi wajib di tempat awam dan wanita tidak boleh meninggalkan rumah tanpa ditemani ahli keluarga lelaki.

Ini yang menyebabkan kepulanganTaliban menguasai negara itu menimbulkan banyak tanda tanya.

Bagaimanapun, semua kesamaran itu hilang apabila Taliban memaparkan imej sederhana dengan jurucakap kumpulan itu ketika sidang media pertama di Kabul, mengumumkan pengampunan rasmi terhadap setiap orang yang terlibat dalam peperangan.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, berkata bahawa kumpulan itu komited untuk membenarkan wanita bekerja mengikut prinsip Islam.

Pelajar perempuan di Afghanistan boleh bersekolah seperti biasa

Ditanya perbezaan antara kumpulan itu sekarang dan Taliban yang disingkirkan dari Kabul 20 tahun lalu, katanya “Jika soalan ditanya berdasarkan kepercayaan dan ideologi, tidak ada perbezaan…tetapi jika dikira berdasarkan pengalaman, kematangan dan pemahaman, tidak ragu-ragu ada banyak perbezaan.”

Beliau berkata, langkah hari ini adalah positif berbanding langkah sebelum ini.

Sebaik kehadiran semula Taliban, orang ramai memasuki tempat awam dengan berhati-hati, dengan kehilangan wanita dari jalan di Kabul dan peniaga yang menjual pakaian Barat bertukar meletakkan pakaian tradisional Afghan.

Dunia pula memandang Taliban dengan rekod hak asasi manusia buruk. Selepas beberapa hari menguasai negara, masih tidak jelas dengan dasar pendidikan, namun dalam temu bual antara agensi berita Sky News dari Britain, seorang lagi jurucakap kumpulan itu, Suhail Shaheen, menberi jaminan.

“Wanita boleh mendapat pendidikan dari sekolah rendah hingga pendidikan tinggi, iaitu universiti,” katanya yang turut memberitahu bahawa ribuan sekolah di kawasan dikuasai Taliban masih beroperasi seperti biasa.

Di bandar ini, pengetua sekolah, Basira Basiratkha, melahirkan keyakinan dengan mengucapkan kesyukuran kerana sekolah dibenarkan dibuka.

Katanya, ramai pelajar sekolahnya datang dengan memakai hijab, manakala peperiksaan berlangsung seperti biasa. – ALJAZEERA

- Advertisement -