Muslimat taja ambulans bantu pesakit asnaf

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

ARAU:
Seorang pesakit golongan asnaf dari Kampung Sungai Bugis, Simpang Empat mendapat perkhidmatan ambulans percuma yang ditaja Dewan Muslimat PAS Arau dan NGO Wanita Prihatin (PWPP).

Pengerusi PWPP, Noor Fatimah Ariffin berkata, pesakit terbabit tergolong kumpulan asnaf dan menghadapi kesukaran bergerak untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

- Advertisement -

Katanya, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Muslimat PAS Arau simpati terhadap nasib yang menimpa pesakit terbabit.

“Maka kami dengan kerjasama NGO PWPP mengambil keputusan untuk memberi perkhidmatan ambulans secara percuma kepadanya.

“Kos sewaan ambulans sebanyak RM120 ditanggung sepenuhnya Dewan Muslimat dan PWPP,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau juga pesakit terbabit sebelum ini pernah terlibat dalam kemalangan dan perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital akibat kecederaan dialaminya.

Oleh itu Noor Fatimah mengalu-alukan kerjasama mana-mana pihak termasuk NGO dalam melaksanakan program kemasyarakatan melibatkan golongan asnaf. – HARAKAHDAILY 17/8/2021

- Advertisement -