PN teruskan agenda kebajikan rakyat

- Advertisement -

Oleh ABU ALYA

- Advertisement -

KUALA NERUS: Peruntukan RM300,000 bagi program Bantuan Bakul Makanan adalah satu inisiatif bagi membantu menyediakan keperluan asas penting buat golongan memerlukan.

Perkara tersebut dijelaskan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkenaan bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) telah disambut baik semua wakil rakyat.

Tegasnya, baik ahli parlimen kerajaan atau pembangkang, semuanya mestilah memikul tanggungjawab bersama untuk membantu rakyat di kala ramai yang sedang menanggung kesusahan.

Merealisasi aspirasi Perdana Menteri, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerusi Setiausaha Politiknya, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin bersama Ketua Bersatu Bahagian Kuala Nerus, Khazan Che Mat turun padang menyampaikan bantuan dan Setiausaha PAS Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang.

Program tersebut membuktikan situasi kini memerlukan kesepakatan semua pihak dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian tanpa mengira pegangan politik dan parti.

Kerajaan Perikatan Nasional dilihat terus merangka pelbagai usaha yang direncana dengan pelbagai pakej bantuan bermula dari Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 hingga kini. – HARAKAHDAILY 27/7/2021

- Advertisement -