Pemuda PN berkhidmat untuk masyarakat

Oleh AKID HAFRIZ

Advertisement

KUALA TERENGGANU: Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu (DPPKT) bersama Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Kuala Terengganu telah turun ke beberapa rumah dalam Kuala Terengganu untuk agihan sumbangan bakul makanan.

Dalam program sama, Pemuda PN Kuala Terengganu turut menyantuni anak-anak muda selain menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada golongan memerlukan dan anak-anak muda di sini.

Menurut Ketua Pemuda DPPKT, Ustaz Ahmad Asyraf Mohd sebanyak 100 pek bakul makanan telah diagihkan dengan 50 daripadanya diagihkan oleh pihak DPPKT dan 50 lagi diagihkan oleh Armada Kuala Terengganu.

“Mudah-mudahan program ini dapat membantu meringankan beban anak muda yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan,” kata ketika ditemu bual pemberita.

Sementara itu, Ketua Armada Kuala Terengganu, Ahmad Hariz turut mengucapan terima kasih atas kerjasama yang julung kali diadakan antara DPPKT dan Armada Kuala Terengganu.

“Saya harap agar kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” kata Hariz. – HARAKAHDAILY 26/7/2021