Setiap individu bebas bawa ideologi masing-masing

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

SERDANG: Setiap individu bebas untuk membawa sebarang ideologi selagi mana mereka mematuhi undang-undang yang ditetapkan negara.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Senator Ir Khairil Nizam Khirudin, tiada sebarang larangan untuk mana-mana individu meluahkan pendapat masing-masing dan menggunakan hak kebebasan bersuara selagi mana ia tidak melanggar undang-undang.

- Advertisement -

“Saya berpendapat negara kita (mengamalkan) demokrasi, dan kita perlu ikut undang-undangnya.

“Undang-undang sekarang ini, kita dalam proses lockdown, lockdown ini maknanya kita tidak boleh buat himpunan secara besar-besaran sebegitu.

“Jadi menjadi satu kesedihan. Kalau kita hendak express kita punya view, kita boleh express. Freedom of speech memang tidak dihalang di Malaysia, cuma ia perlu mengikut tatacara yang ditetapkan.

“Setiap orang bebas hendak membawa ideologi masing-masing, ada yang bendera putih, bendera hitam. Apa sahaja kita hormati. Itu suara mereka.

“Insya-Allah suara mereka didengari oleh kerajaan dan kerajaan sedang bersungguh-sungguh berusaha untuk memastikan kita boleh mengawal Covid-19 melalui program vaksinasi, PICK dan sebagainya.

“Terbaru, kita bagi PEMERKASA Plus dan sebagainya, jadi pada saya secara peribadi, mereka bebas tetapi perlu ikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan, jangan anggar undang-undang.

“Kalau kita langgar undang-undang, macam mana hendak jadi pemimpin yang baik pada masa akan datang,” ujarnya ketika ditemui HarakahDaily, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kempen bendera hitam dan digerakkan segelintir pihak, di beberapa lokasi termasuk Dataran Merdeka baru-baru ini.

Ditanya mengenai pandangan beliau berhubung dakwaan terdapat tangan-tangan ghaib yang menggerakkan dan menyokong kempen itu dibelakang anak-anak muda beliau, katanya ia tidak menjadi isu baginya.

Hal ini kerana beliau berpendapat bahawa ia bergantung kepada bagaimana seseorang menafsirkan dan memahami situasi itu.

“Pada saya, kita semua matang. Bergantung kepada bagiamana kita interpret pendapat mereka. Pada saya, negara kita demokrasi, mereka mampu hendak buat apa, buat.

“Tetapi dengan syarat ikut undang-undang, dan kami di peringkat kerajaan, kami mendengar suara mereka dan sebenarnya apa yang mereka suarakan selari dengan apa yang sedang dilaksanakan.

“Kita bukannya duduk sahaja, kita berusaha bersungguh-sungguh. menyelesaikan Covid-19 dan terbukti imunisasi kita di antara yang tertinggi di dunia. Kita memang hendak mencapai herd immunity,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 25/7/2021

- Advertisement -