Wakil rakyat taja ‘rider’ isi minyak percuma

Oleh SARINA ISMAIL

PENDANG:
Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Tokai dan Pusat Khidmat Parlimen Pendang menganjur program Isi Minyak Percuma bagi meringan beban penghantar makanan bermotosikal (food rider).

Program itu diadakan semalam di Stesen Minyak Petronas di pekan Pendang mendapat sambutan menggalakkan.

Adun Tokai Dato’ Dr Mohd Hayati Othman berkata, program itu bermula jam 12.30 tengahari hingga 1 petang memberi peluang rider mengisi minyak percuma sehingga penuh.

Advertisement

“Ini antara sumbangan kami untuk meringan bebanan mereka khususnya di Pendang terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang,” katanya pada program tersebut.

Beliau yang juga Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan turut membantu mengisi minyak motosikal terbabit.

Ahli Parlimen Pendang, Dato’ Awang Hashim pula berkata, penghantar makanan tempatan boleh isi tangki minyak motosikal hingga penuh dalam tempoh tersebut.

“Pihak penganjur juga membekalkan makanan tengahari kepada mereka,” katanya yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Awang dan Dr Mohd Hayati turut meraikan penghantar makanan terbabit ketika mereka datang mengisi petrol percuma.

Sementara itu ketika lawatan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Cenderawasih, Pendang mereka menyampaikan cenderahati kepada penerima vaksin ke 10,000. – HARAKAHDAILY 14/7/2021