KUALA LUMPUR: Sebanyak 421,479 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, jumlah tertinggi pernah diberikan dalam sehari.
- Advertisement -
Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak 157,445 adalah dos kedua.
Sebelum ini jumlah tertinggi untuk pemberian suntikan vaksin Covid-19 dalam sehari adalah 376,909 dos pada 9 Julai lepas. – BERNAMA