Ambil cakna undang-undang berkaitan DUN

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menasihatkan Adun Kota Siputeh, Dr Salmee Said agar mengambil cakna undang-undang berkaitan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum membuat desakan atau persoalan.

“Kalau nak main politik pun bacalah sama undang-undang berkaitan dan kesannya kepada DUN.

“Ketika ini negara masih tertakluk di bawah Ordinan Darurat 2021 yang tidak membolehkan Dewan Undangan Negeri bersidang,” ujar beliau yang dimuatnaik ke laman sosialnya petang tadi.

- Advertisement -

Adun PH berkenaan menerusi video berdurasi kira-kira 41 saat, bertanyakan Menteri Besar bilakah DUN akan dibuka kerana banyak soalan yang ingin dikemukakan oleh pihak pembangkang.

Beliau yang juga Naib Pengerusi Amanah Kedah mendesak kononnya banyak isu melanda rakyat dan perlu dibincangkan segera.

Sebelum ini, Sanusi dalam kenyataan pada 23 Jun lalu memaklumkan persidangan DUN Kedah akan diadakan selepas Parlimen bersidang.

Beliau juga telah menyembah maklum mengenai perkara itu kepada Tuanku Sultan berkaitan cadangan tarikh persidangan DUN.

Sementara pihaknya juga akan meneliti dan merujuk kepada format dan prosedur operasi standard (SOP) Parlimen terlebih dahulu sebagai panduan sebelum di peringkat negeri. – HARAKAHDAILY 12/7/2021

- Advertisement -