Mangsa kebakaran terima sumbangan PAS Putatan

- Advertisement -

Oleh AISYAH RAMADHA ISMAIL

PUTATAN:
Mangsa yang terlibat dengan kebakaran di Kampung Tanjung Aru, Kota Kinabalu pada 6 Julai yang lalu menerima kunjungan PAS Kawasan Putatan, semalam.

Program ziarah yang diketuai Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan, Zulzaim Hilmee Abidin itu turun menghantar sumbangan awal berupa kit solat, kit kebersihan, bantal, selimut serta makanan kering.

- Advertisement -

“PAS sentiasa komited dalam membantu dan menjaga kebajikan rakyat khususnya dalam keadaan mereka ditimpa musibah sebegini,” jelas Zulzaim yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan yang bersama dalam ziarah itu juga memberi kata-kata semangat kepada mangsa kebakaran agar tabah menerima ujian daripada Allah SWT.

“Kita faham dalam situasi genting begini, memang berat untuk kita menghadapi ujian sebegini. Tapi kita juga kena yakin bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya,” kata Dr. Aliakbar.

Seramai 18 keluarga terlibat dalam kebakaran tersebut dan mereka telah ditempatkan di pusat penempatan sementara di Dewan Serbaguna Sembulan dan Dewan Serbaguna Damai.

Sumbangan untuk mangsa kebakaran dan Tabung Bencana Covid-19 (TBC19) masih diperlukan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan dalam tempoh pandemik ini.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun PAS Kawasan Putatan yang bernombor 10016010078048 (Bank Islam) ataupun boleh menghubungi wakil iaitu Hawwa (0137658406) ataupun Afif (0134732823). – HARAKAHDAILY 9/7/2021

- Advertisement -