Kenyataan Kit Siang boleh gugat keharmonian kaum

- Advertisement -

Oleh DANISYA ISMAIL

IPOH:
PAS Perak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang dianggap cuba menimbulkan provokasi agama melampau.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, tafsiran makna ‘Kerajaan Allah’ yang ditulis pemimpin terbabit di laman sosialnya boleh mencetus penghinaan terhadap Islam serta melanggar perlembagaan Persekutuan.

- Advertisement -

“Kebiadapan dan tindakan tidak bertanggungjawab pemimpin DAP seringkali muncul sehingga boleh menggangu gugat keamanan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini,” ketika ditemui Harakahdaily hari ini.

Pada catatan di laman sosialnya pemimpin veteran DAP terbabit menulis perkatan ‘Kerajaan Allah’ sebagai merujuk tulisan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkaitan kuasa Allah bagi menghapus penularan wabak Covid-19.

Razman yang juga Adun Gunung Semanggol berkata, tafsir Kit Siang terhadap maksud sebenar ‘Kerajaan Allah’ amat memalukan sekali gus mempamerkan identiti sebenar DAP yang sengaja mencetus ketegangan.

“Saya berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemimpin terbabit supaya tidak berulang perkara yang serupa.

“Ini bukan isu kecil yang hanya boleh selesai dengan ungkapan mohon maaf. Tindakan yang sewajarnya mesti diambil pihak berkuasa,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 6/7/2021

- Advertisement -