Peminjam pendidikan boleh tangguh bayaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran kepada para peminjam pendidikan.

- Advertisement -

Antara institusi peminjam pendidikan yang terlibat adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pinjaman di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MARA dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, langkah itu diambil oleh agensi kerajaan bagi membantu para peminjam pendidikan.

“Pertama, memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN.

“Kedua, menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima biasiswa persekutuan sehingga enam bulan.

“Ketiga, menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah 100 ringgit selama 12 bulan.

“Keempat, menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan,” ujarnya dalam Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.

Tambahnya, nilai keseluruhan inisiatif itu dianggarkan berjumlah RM400 juta dan akan memanfaatkan seramai 1.6 juta rakyat. – HARAKAHDAILY 28/6/2021

- Advertisement -