5,586 kes positif Covid-19 hari ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jumlah kes harian positif Covid-19 baharu di negara ini mencatatkan sedikit penurunan sepanjang 24 jam lepas dengan 5,586 kes berbanding 5,803 kes semalam.

- Advertisement -

Menerusi perkongsian di laman Twitter hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menunjukkan pengurangan sebanyak 217 kes.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di negara ini sebanyak 734,048.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,212 kes, diikuti Kuala Lumpur (628); Sarawak (513); Negeri Sembilan (501); Melaka (380); Johor (312); Perak (229); Sabah (190); Pulau Pinang (138) dan Kelantan (133).

Kedah pula mencatatkan 129 kes; Pahang (118); Labuan (83); Terengganu (16); Putrajaya (empat) manakala Perlis tidak merekodkan kes. – BERNAMA

- Advertisement -