UMMAH desak SUHAKAM batal kajian ‘third gender’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) membantah cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang berhasrat untuk membuat kajian mengiktiraf ‘third gender‘ di Malaysia.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa mempersoalkan tindakan itu yang katanya seolah mengiktiraf segala aktiviti ‘third gender‘ yang meyimpang dan menyalahi normalisasi cara hidup masyarakat di negara ini.

Katanya, beliau bimbang sekiranya kajian tersebut bertujuan untuk mengiktiraf dan memberikan hak kepada golongan lesbian, gay, bisexual, transgender, queer, and questioning (LGBTQ).

- Advertisement -

Ini kerana, golongan tersebut dilihat sedang berleluasa mempromosikan aktiviti dan kegiatan mereka yang bertentangan dengan agama Islam, moral dan budaya masyarakat Malaysia yang normal.

“Mengiktiraf budaya dan cara hidup golongan LGBTQ yang bebas dan melampaui batas merupakan satu bencana kemanusian kepada mesyarakat normal di negara ini.

“UMMAH mendesak kajian ini dibatalkan. Banyak lagi isu-isu yang sepatutnya diperjuangkan oleh Suhakam di negara ini bagi meningkatkan kesedaran rakyat yang berteraskan aspirasi agama, bangsa dan budaya negara dan bukan aspirasi yang berteraskan hak asasi barat.

“Isu keadilan dalam perundangan, pendidikan, ekonomi, kesihatan dan kebajikan yang perlu diberi perhatian yang serius oleh Suhakam.

“Bukannya isu-isu yang diperjuangkan oleh barat yang jelas bertentangan dengan agama, budaya, moral, bangsa dan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kata Mohd Zai lagi, kini banyak isu-isu yang terkait dengan Suhakam yang bertentangan dengan sensitiviti aspirasi negara.

Antaranya seperti, mengiktiraf pelacuran sebagai satu profesyen pekerjaan yang menimbulkan kemarahan rakyat yang normal dan rasional.

Mohd Zai percaya, sudah sampai masanya kerajaan mengkaji peranan Suhakam bagi meningkatkan peranannya sebagai institusi yang memperjuangkan hak asasi dan keadilan yang berteraskan aspirasi negara bagi membangun dan membentuk minda dan kesedaran yang tinggi dikalangan rakyat dinegara ini.

Beliau juga berpendapat bahawa sudah sampai masanya, kerajaan juga perlu digesa untuk melantik pengerusi Suhakam yang baharu yang lebih memahami agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia yang lebih progresif, majmuk serta bertamaddun.

Semalam, Suhakam melalui Facebook rasminya mengiklankan pencarian penyelidik untuk membuat kajian mengenai Feasibility of having legistation on the recognition of a third gender in Malaysia. – HARAKAHDAILY 15/6/2021

- Advertisement -