Bekas Adun Selinsing dekat di hati rakyat

IPOH: Badan Perhubungan PAS Perak merakam ucapan takziah kepada keluarga
bekas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selinsing Husin Din yang meninggal dunia pagi tadi.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata, almarhum dikenali dengan peribadi dan akhlaknya yang santun dan sangat dekat di hati rakyat.

Advertisement

Katanya almarhum sepanjang hayatnya merupakan petugas jemaah yang sangat berdidikasi dan disenangi oleh rakan-rakan.

“Arwah menjadi inspirasi buat kita semua dalam memenuhi dan menyempurnakan amal jamaei. PAS Perak melahirkan rasa dukacita atas kehilangan insan yang sangat banyak berjasa serta pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat PAS.

“Almarhum juga begitu gigih menjalankan kerja-kerja jemaah sehingga akhir hayatnya,” katanya pada kenyataan di sini hari ini.

Allahyarham Husin pernah memegang jawatan Timbalan Yang DiPertua PAS Bagan Serai. Beliau meninggal dunia kira-kira jam jam 10.45 pagi tadi.

“Marilah sama-sama kita sedekahkan bacaan al-Fatihah untuk almarhum dan mendoakan agar rohnya tergolong di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat keampunan dari Allah SWT,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/6/2021