Tangkap Muna Al-Kurd serlah sifat Yahudi gambaran al-Quran

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, hari ini Muna Al-Kurd dan saudara kembarnya Muhammad Al-Kurd, aktivis Palestin yang berada di sebalik kempen media sosial #SaveSheikhJarrah telah dibebaskan setelah ditahan beberapa jam lamanya oleh pihak polis Israel.

Sebelum itu, wartawan Al-Jazeera, Givari Budeiri yang banyak melaporkan kejahatan Zionis Israel di Sheikh Jarrah juga turut menerima nasib yang sama. 

Walaupun setelah gencatan senjata, tentera Zionis Israel tidak berhenti daripada kerja-kerja terancang untuk meneruskan agenda pengusiran penduduk Palestin di Sheikh Jarrah. Situasi ini hanyalah mengesahkan dua sifat utama Yahudi yang Allah gambarkan dalam al-Quran iaitu gemar memungkiri janji dan suka melakukan peperangan dan kerosakan.

- Advertisement -

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Maidah ayat 13:

فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ لَعَنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً ۖ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ ۙ وَنَسُوا حَظًّا مِمَّا ذُكِّرُوا بِهِ ۚ وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلَىٰ خَائِنَةٍ مِنْهُمْ إِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ

“(Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merubah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat).”

Peperangan Bani Quraizah yang terjadi dalam sejarah Islam sebelum ini juga berpunca daripada sikap Yahudi yang melanggar perjanjian antara Muslimin Madinah dan Yahudi yang terdiri daripada Bani Nadhir, Bani Qainuqa’ dan Bani Quraizah.

Jelaslah di sini bahawa, kerana sifat yang tercela ini, Allah S.W.T telah melaknati mereka dan menjadikan hati mereka keras seperti batu.

Selain itu, Yahudi juga adalah bangsa yang suka melakukan peperangan dan kerosakan. Mereka tetap inginkan peperangan walaupun perjanjian gencatan telah dimeterai. Allah berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 64:

كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ ۚ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا ۚ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

“Setiap mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerosakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.”

Jika kita singkap sejarah lampau, peperangan yang berlaku antara kaum Muslimin dan Yahudi sudah pasti akan dimulai oleh mereka. Lihat sahaja peperangan di Palestin, ianya bermula daripada rampasan tanah oleh Yahudi terhadap umat Islam di sana dengan dibantu oleh Barat dan berterusan hingga ke hari ini. Kemudian sedikit demi sedikit tanah Palestin dikuasai oleh mereka.

Sikap kita sebagai Muslim adalah kita perlu yakin bahawa selicik mana pun kejahatan yang dirancang ke atas kita umat Islam, pasti ada pertolongan Allah yang akan menggagalkan perancangan mereka. Tinggal lagi, kita sendiri perlu yakin bahawa kemenangan pasti akan berpihak kepada kita. Insya-Allahnusrah Allah S.W.T akan tiba.

Jangan berputus asa untuk berdoa dan bermunajat kepada Allah S.W.T walaupun konflik yang telah berlangsung bertahun lamanya ini masih belum dapat diselesaikan. 

Hulurkanlah bantuan dengan apa yang termampu untuk saudara-saudara kita di Palestin. Bantuan yang dihulurkan akan menjadi saksi di hadapan Allah S.W.T bahawa kita juga turut menolong saudara seagama kita di sana menghadapi kejahatan rejim Zionis Israel. 

YB DATUK AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
7 Jun 2021M / 26 Syawal 1442H – HARAKAHDAILY 7/6/2021

- Advertisement -