5 lelaki ditahan bersama 2,600 biji pil yaba

- Advertisement -

KOTA BHARU: Polis Kelantan berjaya menangkap lima lelaki Melayu serta merampas 2,600 biji pil yaba (263.2 gram) dengan anggaran nilai pasaran semasa RM26,000.

- Advertisement -

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan ACP Sheik Azhar Sheik Omar berkata, polis turut membuat sitaan ke atas empat kenderaan iaitu kereta jenis Proton Persona dan tiga motosikal.

Selain itu katanya seutas rantai leher emas berloket jongkong emas kecil bertulis Fine Gold 999.9 Net Wt 1000g turut disita.

“Tiga orang daripada individu tersebut mempunyai rekod lampau bagi kesalahan narkotik. Kelima-lima saspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada kenyataan media di sini hari ini.

Menurutnya juga tangkapan itu hasil daripada operasi yang dijalankan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan semalam.

Kata beliau juga operasi teresbut dijalankan serentak melibatkan beberapa kawasan di sekitar Kota Bharu. – HARAKAHDAILY 7/6/2021

- Advertisement -