PAS Tawau beri sumbangan kepada 21 murobitun

- Advertisement -

TAWAU: PAS Kawasan Tawau telah menyampaikan sumbangan murobitun sebanyak RM2,300 kepada 21 aktivisnya yang memerlukan khasnya ketika pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada rakyat.

- Advertisement -

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau, Mohamad Husain pada 25 Mei, bertempat di Pejabat PAS Kawasan Tawau, Bandar Fajar, di sini.

Dalam ucapannya, Mohamad Husain berkata tujuan pemberian sumbangan tersebut adalah untuk menghargai sumbangan murobitun membantu dalam menggerakkan program-program parti .

Dalam masa yang sama kata beliau, ia dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi murobitun khasnya semasa kegawatan ekonomi akibat pandemik Covid-19 ketika ini.

Beliau juga berharap para murobitun terus gigih dan istiqamah membantu parti.

Salah seorang penerima, Cik Andi Atma Febrianti ketika di temui berkata, pihaknya mengucapkan syukur dan terima kasih kepada PAS Kawasan Tawau kerana selalu menjaga kebajikan para ahlinya.

Katanya lagi, sumbangan itu dapat membantu ahli dalam mendepani pandemik Covid-19 yang menjejaskan pendapatan ramai dalam kalangan amilin parti. – HARAKAHDAILY 2/6/2021

- Advertisement -