‘Petugas barisan hadapan sudah penat, tapi…’

Foto-foto daripada Facebook Noor Hisham Abdullah.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, petugas barisan hadapan sudah penat.

Beliau meluahkan kata-kata itu menerusi hantaran di laman Facebooknya, malam tadi.

- Advertisement -

“Petugas barisan hadapan sudah penat. Tapi kami masih gagahi demi menyelamatkan nyawa anda. Bantulah kami untuk bantu anda dan keluarga,” ujarnya ringkas sambil memuatkan beberapa foto berkaitan.

Dalam tulisan yang lain, beliau menyatakan seperti yang KKM telah maklumkan kepada umum, penularan Covid-19 semakin meruncing dengan nilai Rt negara terkini adalah 1.16 dan jumlah kes dilaporkan saban hari menunjukkan tren kenaikan yang mendadak secara exponential.

Katanya, kenaikan satu ribu sehingga dua ribu kes sehari adalah tidak mustahil.

“Kita telah melihat jumlah kes kematian tertinggi harian iaitu sebanyak 98 kes pada 29 Mei akibat Covid-19.

“Situasi ini juga mungkin akan berterusan dan tidak mustahil boleh terus meningkat lagi,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 31/5/2021

- Advertisement -