Total lockdown: Satu keperluan untuk kita bersama

- Advertisement -

SABAN hari, kes Covid-19 di negara kita makin meningkat. Total lockdown yang diumumkan YAB Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah satu keperluan demi rakyat.

- Advertisement -

Namun beberapa figura yang dilihat menggunakan keadaan kita yang amat tersepit ini dengan pelbagai permintaan yang mungkin kita boleh anggapkan sebagai satu peluang keemasan untuk menunjukkan kepandaian mereka.

Pada awal permulaan PKP 1.0 dan PKP 2.0, kerajaan berbelanja banyak untuk kita dan pada ketika itu pelbagai insentif ransangan ekonomi untuk membantu rakyat.

Dalam masa sama, figura-figura ini juga menggunakan sentimen idea mereka menang lah mereka ada idea yang lebih baiklah. Cuma apa yang mereka mahukan adalah bermain politik untuk mendapat kuasa. Satu sahaja kerajaan cuba sebaik mungkin untuk bantu kita semua.

Apa yang perlu kita lakukan sebagai rakyat Malaysia?

Duduk di rumah itu satu kewajipan untuk kita bendung masalah penularan wabak ini. Ikut SOP yang telah di tetapkan jangan degil. Keluar rumah apabila ada urusan penting sahaja. Pastikan bekalan makan cukup. Kerana ini keperluan yang perlu kita sama-sama jaga untuk kita hadapi total lockdown ini.

Aku faham dalam keadaan meruncing ini akan ada puak-puak dengan #KerajaanGagal , #AbahCow dan pelbagai kata-kata nista lain yang akan memaksa kerajaan buat macam-macam. Perkara ini lansung tidak akan mematahkan semangat Kerajaan sekarang untuk bantu rakyat dalam kesusahan.

Sebagai rakyat kita tunggu apa yang akan di lakukan oleh kerajaan untuk menghadapi total lockdown ini. Sudah pasti ada manfaat yang baik untuk kita semua.

Jangan pula dalam keadaan lockdown ini, ada pulak juak-juak yang mengatakan kerajaan akan runtuh, dah dapat sokongan yang meyakinkan dan sebagainya.

Bicara aku kali ini bukan lah sebagai sorang sarjana malahan ahli agama tapi hanyalah ucapan anak muda yang sayangkan keharmonian bersama.

Akhir kata, apa yang dilakukan oleh Kerajaan hari ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

Ikhlas daripada
MEGAT MUHAMMAD FARIS. – HARAKAHDAILY 28/5/2021

- Advertisement -