‘Seremban, Selangor’: Bahagian Penyiaran JAKIM mohon maaf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bahagian Penyiaran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin menyatakan permohonan maaf atas kesilapan memaparkan nama tempat ‘Seremban, Selangor’ dalam rancangan Anda Musykil yang diterbitkan oleh JAKIM secara siaran langsung di TV1, semalam.

- Advertisement -

JAKIM dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya malam ini memaklumkan kesilapan itu telah diakui oleh Pembantu Penerbit Rancangan yang mengendalikan panggilan telefon daripada penonton dalam rancangan tersebut.

“Bahagian Penyiaran JAKIM merasa kesal dengan perkara tersebut dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi dalam setiap rancangan televisyen yang diterbitkan oleh JAKIM,” ujarnya.

Tambahnya, Bahagian Penyiaran JAKIM juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sikap keprihatinan dan sokongan masyarakat dalam rancangan agama yang diterbitkan oleh JAKIM sama ada di televisyen mahupun radio. – HARAKAHDAILY 28/5/2021

- Advertisement -