Hakim, pegawai mahkamah terima vaksin mulai 31 Mei

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan akan menerima vaksin pada 31 Mei ini diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

- Advertisement -

Takiyuddin dalam satu kenyataan berkata pejabatnya juga sedang menguruskan agar semua Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Majistret di seluruh negara diberi vaksin dengan kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri.

“Kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang mencukupi untuk memberikan suntikan vaksin kepada semua hakim di negara ini.

“Kerajaan menganggap para hakim dan pegawai-pegawai mahkamah sebagai petugas barisan hadapan kerana tugas mereka yang berhubungan terus dengan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata dengan pemberian vaksin diharap akan mengurangkan risiko pendedahan mereka kepada virus Covid-19. – BERNAMA

- Advertisement -