Surat scam: Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP dilihat sengaja mengambil kesempatan menjatuhkan kredibiliti Kerajaan Persekutuan yang cuba digambar seolah-olah menafikan keutamaaan untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, walau bagaimana pun usaha berkenaan gagal sebaliknya mempamerkan ketidaktelitian serta keghairahan pemimpin DAP itu atas tujuan politik semata-mata.

“Ia dilihat sengaja untuk dis-credit kepada Kerajaan Persekutuan dan nak tunjuk mereka (Pulau Pinang) kononnya boleh menyelesaikan masalah wabak Covid ini semata-mata untuk millage politik mereka,” jelas beliau ketika dihubungai Harakahdaily semalam.

- Advertisement -

Menurutnya lagi, samada ia disengajakan atau betul, Ketua Menteri negeri berkenaan, Chow Kon Yeow sepatutnya meneliti tawaran itu terlebih dahulu sebelum menjadi mangsa scammner yang bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah kerajaan negeri.

“Di mana laungan cekap, telus dan lain-lain, sedangkan mereka (kerajaan negeri) dengan kemudahan dan tenaga pakar di pelbagai unit boleh memeriksa untuk mempastikan tawaran vaksin percuma dari Sinovac itu betul atau palsu.

“Kenapa mudah menempelak Kerajaan Persekutuan kononnya tidak perihatian kepada negeri dan rakyat Pulau Pinang sedangkan mereka (kerajaan Pulau Pinang) sendiri gagal mengesahkannya,” jelasnya lagi.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang bersama Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dalam sidang medianya menempelak Kerajaan Persekutuan yang kononnya bersikap double standard kerana tidak meluluskan tawaran dua juta dos vaksin Sinovac yang ditawarkan kepada negeri itu secara percuma.

Namun, tuduhan tersebut meleset berikutan pengesahan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa pemeriksaan pihaknya mendapati syarikat yang membuat tawaran tersebut iaitu Xintai Development Enterprise Ltd yang dikatakan berpangkalan di Hong Kong tidak wujud.

Sementara wanita yang dinamakan sebagai Pegawai Jualan Antarabangsa dikenali Miss Coco Chang di dalam surat itu juga mengesahkan beliau tidak menguruskan urusan Sinovac Brotech Ltd bagi pasaran Asia dan sekaligus menafikan pernah dihubungi bagi tujuan sumbangan dimaksudkan.

Berikutan itu, Muhammad Fauzi beranggapan apa yang berlaku terhadap pemimpin Kerajaan Pulau Pinang ini sebagai balasan terhadap tindakan mereka kepada para nelayan berkaitan isu Projek Tambakan Laut (PSR)di perairan selatan Pulau Pinang.

“Mereka juga bertindak seperti scammer kepada golongan marhein (nelayan) dalam isu itu dan bagi saya apa yang berlaku ini juga sebagai balasan Allah terhadap sikap mereka,” ujar Pesuruhjaya itu lagi.

Muhammad Fauzi turut menempelak sikap dua pemimpin berkenaan (Chow Kon Yeow dan Lim Guan Eng) yang mudah memohon maaf setelah bersikap kasar dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Kerajaan Persekutuan.

Baginya perkataan ‘kepala hotak dia’ yang dihamburkan oleh Ahli Parlimen Bagan itu memperlihatkan sikap sebenarnya terhadap pemimpin Kerajaan Persekutuan sedangkan dalam yang sama tidak menyedari pihaknya tertipu.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang seolah-olah nak tunjuk kepada umum mereka mampu mengambil inisiatif sendiri untuk kebajikan rakyat tetapi sebaliknya gagal.

“Kerana sikap gopoh, mereka terjerat dan tertipu dengan scammer, selepas itu nak mohon maaf. Ini satu sikap yang tidak betul,” sambung beliau lagi. – HARAKAHDAILY 24/5/2021

- Advertisement -