Peluang lihat gerhana bulan penuh Rabu ini

- Advertisement -

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan berpeluang menyaksikan sendiri gerhana bulan penuh pada Rabu ini.

Timbalan Mufti Kelantan, Dato’ Nik Abdul Kadir Nik Mohamad berkata, fasa gerhana bulan itu berlaku dalam beberapa peringkat bermula jam 7.11 malam.

- Advertisement -

Menurut beliau, gerhana bulan itu juga akan tamat pada jam 7.25 malam.

“Fasa pertama (7.11 malam) tidak dapat dilihat, bagaimanapun kita dapat melihat kemuncak gerhana bulan penuh itu selang tujuh minit berikutnya pada jam 7.18 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Namun menariknya gerhana bulan yang berlaku pada Rabu ini katanya, ia merupakan kali pertama berlaku bagi tahun 2021.

Beliau berkata, kali terakhir ia dapat dilihat pada 16 Julai 2019.

Bagaimanapun katanya, antara amalan khusus yang boleh dilakukan semasa fenomena tersebut ialah melihat gerhana, solat gerhana dan khutbah gerhana. – HARAKAHDAILY 24/5/2021

- Advertisement -