Akhbar salah tafsir kenyataan Exco isu ICU

- Advertisement -

PENDANG: Sebuah akhbar tempatan dianggap menyiarkan kenyataan Exco Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyimpang daripada maksud sebenar sehingga menimbulkan kekeliruan.

Dato’ Dr Mohd Hayati Othman berkata, kenyataannya yang disiarkan sebuah akhbar beberapa hari lalu menyimpang daripada maksud sebenar.

- Advertisement -

“Sebelum ini saya melahirkan kebimbangan apabila pesakit Covid semakin bertambah ia akan menjejaskan peluang pesakit kronik yang lain (bukan Covid) mendapat tempat di ICU.

“Para petugas kesihatan terutamanya doktor merasa serba salah dan kadang-kadang terpaksa nafikan hak pesakit kronik lain untuk mendapat tempat dan rawatan di ICU,” katanya di sini.

Bagaimanapun kata beliau kenyataan itu disalah tafsirkan oleh akhbar berkenaan seolah-olah digambarkan arahan olehnya supaya mengabaikan hak pesakit kronik lain mendapat tempat di rawatan ICU.

“Saya berharap wartawan terbabit memperbetulkan semula kenyataan itu
kerana jelas ia menyimpang daripada maksud asal,” katanya pada kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya juga baru-baru ini beliau dihubungi wartawan bagi mendapat pandangan berkaitan kenyataan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor di mana hampir 92 peratus katil di wad ICU Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dipenuhi pesakit Covid-19.

“Saya tidak menyangka pandangan itu disalah tafsir sehingga menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen, selain itu mengelirukan pembaca khususnya rakyat Kedah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/5/2021

- Advertisement -