Dana sudah lebih RM2 juta, sasar RM10 juta fasa ketiga

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff membuka bidaan kambing baka boer cross peliharaannya untuk menjadi sumbangan kepada Tabung #Aid4Palestine.

Menurut beliau, kambing yang berusia setahun ini hasil jualannya akan disumbangkan kepada tabung tersebut setelah membuka bidaan untuk tiga hari bermula sejak malam tadi.

“Sesiapa yang berminat, sila mesej saya di talian 013-431 3971,” ujar beliau yang memelihara kambing itu di pondok tahfiz al-Qurannya di Balik Pulau.

- Advertisement -

Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) turut membuka bidaan sebuah motosikal berkuasa tinggi Honda CBR600 (2011) yang disumbangkan seorang pemuda dari Kemasik, Kemaman, semalam.

Didaftarkan pada 16 Ogos 2012, motor masih dalam keadaan baik tanpa pernah menghadapi masalah itu baharu menjangkau jarak perjalanan 30,000 kilometer sahaja di mana bidaan dibuka bermula RM37,000.

Terdahulu sebelum ini Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor turut membuka bidaan kereta Volvo miliknya, manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah menawarkan bidaan keris pusakanya.

Sekretariat #Aid4Palestin telah mengisytiharkan kutipan melebihi RM2 juta dicapai melebihi sasaran awal dengan PAS Negeri Kedah menjadi penyumbang tertinggi melebihi RM1 juta setakat tengah malam tadi.

Para dermawan yang mahu menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5640 7061 1352 (Tabung Kemanusiaan Antarabangsa) atau 5640 7061 2333 (PASRelief) dengan rujukan ‘Gaza’.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian ‘hotline’ 011-2077 5802 atau layari Facebook rasmi PASRelief di https://web.facebook.com/pasrelieff. – HARAKAHDAILY 18/5/2021

- Advertisement -