Pelancaran platform Akar Umbi Pemacu Negara (AkuPN)

AkuPN: Pemudahcara rakyat demi kemajuan dan jati diri bangsa Malaysia

- Advertisement -

PANDEMIK COVID-19 yang melanda dunia dan negara telah menuntut Kerajaan bersikap tegas bagi melaksanakan pelbagai langkah proaktif bagi mengekang penularan wabak ini. Pada masa yang sama, krisis kesihatan ini juga telah mengheret negara dan sekalian rakyat ke dalam satu lagi krisis yakni krisis ekonomi.

- Advertisement -

Menelusuri pengalaman lebih 1 tahun berdepan pandemik ini, ekonomi negara berhadapan kerugian setiap hari tatkala pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pelbagai sekatan lain diadakan. Meskipun peratusan penggangguran yang berada pada tahap tertinggi sebanyak 5.3 peratus pada tahun lalu telah menurun, namun kita masih belum berada pada tahap selesa untuk menjamin kemampanan ekonomi.

Menginsafi perihal ini, Kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyuntik lebih RM340 bilion Pakej Ransangan Ekonomi melalui pelbagai bentuk inisiatif sosial demi membela kebajikan serta menjana pendapatan dan ekonomi rakyat. Dipandu strategi 6R bagi memulihkan ekonomi negara, Kerajaan Perikatan Nasional yang prihatin rakyat komited untuk memastikan martabat rakyat dan keutuhan negara dapat dipertahankan.

Mendepani cabaran ini, Pemuda Perikatan Nasional sedar bahawa tugas dan peranan bukanlah tanggungjawab Kerajaan semata-mata. Bahkan, ianya adalah tanggungjawab sekalian rakyat khususnya anak muda sebagai akar umbi negara untuk merangkul potensi dan peluang bagi bersama-sama memacu pertumbuhan negara.

Menyedari hakikat bahawa terdapat lebih 700,000 kekosongan jawatan hasil statistik PERKESO pada 6 Mei 2021, pelbagai program latihan kemahiran termasuk upskilling dan reskilling disediakan oleh Kerajaan melalui Belanjawan 2021 dan Pakej Ransangan Ekonomi, serta potensi usahawan tempatan yang harus digembeleng inovasi dan produktiviti mereka, maka Pemuda Perikatan Nasional terpanggil untuk memainkan peranan sebagai pemudah cara yang menjembatani hubungan rakyat dan Kerajaan. Justeru, Pemuda Perikatan Nasional menampilkan Platform Akar Umbi Pemacu Negara (AkuPN) buat rakyat khususnya anak muda Malaysia melalui aplikasi ‘Cari Kerja’, ‘Skil’ dan ‘Sapot’ sebagai peneraju kepada usaha ini sekaligus memacu negara kembali ke landasan kegemilangannya.

‘Cari Kerja’ adalah usaha memudah cara hubungan di antara industri dan lapangan pekerjaan dengan rakyat yang mendambakan pekerjaan. Usaha ini dimudahcara melalui ikhtiyar penciptaan resume dan disusuli dengan kerjasama bersama MYFutureJobs yang menyediakan ratusan ribu penempatan pekerjaan.

’Skil’ adalah usaha memudah cara hubungan di antara pelbagai agensi Kerajaan dan swasta yang menyediakan ruang pemberdayaan dengan setiap warganegara yang berpotensi digilap kemahiran mereka. Pemuda Perikatan Nasional akan terus berganding bahu dengan pelbagai agensi Kerajaan dan swasta yang komited untuk bersama memperkasa potensi anak bangsa.

’Sapot’ adalah usaha memudah cara usahawan baru dan peniaga kecil yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka bagi mendapatkan bantuan kewangan sama ada daripada Kerajaan mahupun pembangunan komuniti ekonomi yang diyakini akan saling membantu di antara satu sama lain. Sesungguhnya, ‘Sapot’ adalah identiti dan jati diri rakyat Malaysia yang teguh dengan semangat kekitaan untuk membantu setiap warga yang memerlukan.

Maka, Pemuda Perikatan Nasional ingin mengajak seluruh rakyat khususnya anak muda Malaysia untuk bersama menyertai dan mendaftarkan diri sebagai komuniti Akar Umbi Pemacu Negara (AkuPN). Yakin lah bahawa setiap di antara kita mempunyai peranan dan tanggungjawab yang signifikan demi masa depan kita semua.

Ayuh ! Segera layari laman https://akupn.my/ demi kemajuan dan jati diri bangsa Malaysia!

YB SENATOR IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda
Perikatan Nasional

- Advertisement -