Pemuda jengah Kampung Sanggang edar bubur lambuk

- Advertisement -

TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh terus mengimarahkan Ramadan dengan mengadakan edaran bubur lambuk kepada masyarakat setempat di Kampung Sanggang, di sini hari ini.

- Advertisement -

Aktiviti tradisi setiap kali Ramadan ini yang menjadi kesempatan buat pimpinan Pemuda PAS Temerloh bertemu warga penduduk dari segenap lapisan umur tua dan muda ini turut mengedarkan buah kurma.

Ketua Pemuda PAS Temerloh, Ustaz Muhammad Shukri Shuib berkata, bubur lambuk merupakan menu tradisional Melayu setiap Ramadan dan pemberiannya sudah tentu terasa dekat di hati masyarakat.

Timbalan Yang Dipertua PAS Temerloh, Hasanuddin Salim turut serta dalam edaran yang menyantuni setiap warga penduduk ditemui di samping mengeratkan ukhuwah dan mendengar perkembangan semasa mereka.

Kampung Sanggang kata beliau yang juga Setiausaha PAS Negeri Pahang, adalah sangat tidak asing baginya dan sangat dekat di hati kerana mempunyai ramai saudara mara yang menetap tinggal di situ.

Hassanuddin menzahirkan penghargaan kepada Pemuda PAS Temerloh kerana memilih Kampung Sanggang bagi mengadakan edaran tersebut yang diharapnya meluaskan lagi persaudaraan Islam.

Turut menerima dan berkongsi kemesraan hubungan dari program dilaksanakan ini adalah ahli-ahli kariah Masjid Kampung Sanggang. – HARAKAHDAILY 7/5/2021

- Advertisement -