PAS Kinabatangan bina ukhuwah rentasi ideologi parti

- Advertisement -


KINABATANGAN: PAS Kinabatangan membuat penampilan berbeza dalam mengisi program Ramadan tahun ini dengan menggabungkan program dakwah dan edar bubur lambuk percuma.

Program semarak ukhwah Ramadan yang berlangsung semalam di Kampung Sungai Lokan dan Kampung Sangau yang terletak di pedalaman Kinabatangan dipilih sebagai lokasi pertama program berkenaan.

- Advertisement -

Pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Sabah, Azrin Razaly berkata, pengisian kali ini diadakan kuliah dan masak bubur lambuk secara bergotong-royong bersama pimpinan dan komuniti setempat.

“Misi dakwah kali ini disertakan dengan edaran bubur lambuk secara gotong-royong yang melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan penduduk setempat.

“Kaedah agihan pula secara serahan dari rumah ke rumah dengan mengikut SOP di mana setiap ahli jawatankuasa JPKK akan mengagihkannya di kawasan masing-masing,” ujarnya yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kinabatangan.

Program yang diadakan itu turut melibatkan JPKK Kampung Sungai Lokan dan Kampung Sangau.

“Kami komited untuk memastikan segala bentuk hubungan baik dan kerjasama dijalinkan dengan baik walaupun berbeza parti dan ideologi bagi membina ukhwah sesama ummah,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 2/5/2021

- Advertisement -