Dua pegawai SPRM ditahan disyaki terlibat Geng Nicky

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan haram Geng Nicky.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya memberi kerjasama kepada polis dengan menyerahkan kedua-dua pegawai berkenaan bagi membantu siasatan.

- Advertisement -

“Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai suruhanjaya ini sekiranya ada yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mac lepas, polis melumpuhkan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky apabila menahan 68 orang dan merampas ratusan ribu ringgit wang tunai serta aset bernilai jutaan ringgit dalam 70 serbuan di sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Geng Nicky dipercayai terlibat dalam jenayah terancang antarabangsa, Macau Scam dan pengubahan wang haram. – BERNAMA

- Advertisement -