PAS Putatan edar bubur lambuk, erat hubungan masyarakat

- Advertisement -

PUTATAN: Sebanyak 350 pek bubur lambuk diedarkan kepada masyarakat setempat di Kampung Sembulan dan sekitar Parlimen Putatan, semalam.

Program Pengagihan Bubur Lambuk anjuran PAS Kawasan Putatan diketuai oleh Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Putatan, Ustaz Zulzaim Hilmee Abidin turut disertai 10 orang terdiri daripada AJK Kawasan PAS Putatan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan.

Zulzaim berkata, program ini sebagai salah satu cara untuk mengeratkan hubungan masyarakat dengan pemimpin setempat.

- Advertisement -

“Walaupun agihan pek makanan ini sedikit, tetapi cukup memberi nilai kepada penerimanya kerana disediakan secara bergotong-royong.

“Agihan pek bubur lambuk ini diagih secara secara pandu lalu di jalan tumpuan orang ramai bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN,” ujarnya.

Agihan dan gotong royong turut dibantu barisan tenaga pengajar pusat jagaan kanak-kanak dalam Parlimen Putatan seperti Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Tunas Insan Centre (TIC). – HARAKAHDAILY 26/4/2021

- Advertisement -