Muslimat Arau jejaki Assabiqat sempena Ramadan

- Advertisement -

ARAU: Dewan Muslimat PAS Arau mengadakan kunjungan ziarah menemui golongan Assabiqat di kawasan berkenaan bagi menyatuni mereka sempena Ramadan.

Menerusi program yang diberi nama Ziarah Kasih Ramadan itu, lima muslimat yang tinggal di Sanglang, Simpang Empat dan Pauh, dekat sini diziarahi.

Mereka adalah antara aktivis muslimat yang pernah aktif suatu masa dahulu selain tiga daripadanya merupakan isteri kepada bekas calon PAS dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini.

- Advertisement -

Selain beramah mesra, mereka turut menyampaikan sumbangan tanda penghargaan kepada Assabiqat yang dikunjungi.

Setiausaha Dewan Muslimat PAS Arau, Nor Adilah Ismail dan Bendahari Wan Zaleha Megat Ali antara tujuh Ahli Jawatankuasa yang turut sama dalam program ziarah tersebut.

Di Kangar program serupa diadakan bagi menyantuni bekas guru PASTI, Wan Rosni Sonan yang diserang strok dua tahun lalu.

Beliau bagaimanapun sekarang beransur sihat dan sudah mampu mengurus diri sendiri. – HARAKAHDAILY 26/4/2021

- Advertisement -