Pemuda PAS Tawau agih juadah sahur untuk frontliners

- Advertisement -

TAWAU : Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau (DPPKT) mengambil inisiatif menganjurkan program singgah sahur bagi menyantuni pasukan barisan hadapan di daerah ini, hari ini.

- Advertisement -

Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau, Ustaz Rosli Hasan berkata, anjuran ini merupakan program tahunan yang diadakan setiap menjelangnya bulan Ramadan terutamanya kepada golongan sasar.

“Pada tahun ini, kita agihkan untuk pasukan barisan hadapan di daerah ini termasuk di Balai Polis, Balai Bomba dan penyelamat (BBP), Hospital, Sekatan Jalan Raya (SJR) dan Pusat Tahanan Sementara (PTS).

“Program dijalankan seawal jam 3 pagi itu telah mengagihkan sebanyak 300 bungkus makanan dan air minuman untuk juadah sahur mereka,” katanya.

Menurutnya, program ini dijalankan dalam tempoh dua hari pada setiap hujung minggu iaitu minggu kedua dan keempat di bulan Ramadan.

“Kita berterima kasih kepada semua ahli PAS Tawau yang menyumbang dana dan tenaga bagi menjayakan program ini.

“Semua pasukan barisan hadapan yang ditemui menzahirkan rasa gembira dengan juadah sahur yang diberikan dan kami berharap hubungan kerjasama antara PAS dengan mereka akan terus terjalin dengan baik,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/4/2021

- Advertisement -