Peniaga akur Kelantan batal Bazar Ramadan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Wang pendahuluan yang dikenakan terhadap peniaga akan dibayar balik kepada mereka selepas kerajaan negeri nembatalkan Bazar Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, tindakan berkenaan dibuat berikutan beberapa Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di negeri ini hampir penuh.

Katanya perkara itu berlaku berikutan kes Covid-19 naik mendadak sejak akhir-akhir ini.

- Advertisement -

“Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Kecil Keselamatan Negeri (JKKN) dipengerusikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob semalam,” katanya di sini.

Oleh itu beliau sebagai mewakili kerajaan negeri memohon maaf di atas pembatalan Bazar Ramadan dan Madinah Ramadan yang dibuat secara drastik.

Menurutnya juga keputusan itu dibuat berikutan kes Covid-19 di negeri itu naik secara mendadak kebelakangan ini.

Selain Bazar Ramadan turut dibatalkan lokasi solat sunat tarawih di Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Bagaimanapun kata beliau Madinah Ramadan akan dijadikan tempat PKRC bagi menampung pertambahan jumlah pesakit Covid-19.

Oleh itu Dr Izani berharap keputusan yang dibuat secara drastik itu difahami rakyat memandangkan ia dibuat untuk kepentingan bersama rakyat.

“Kita begitu ducakita kerana kes Covid-10 di Kelantan tinggi dan pada masa yang sama minggu lepas sahaja dalam tempoh tiga hari ia melonjak kepada lebih 400 kes.

“Ia satu perkembangan yang mendukacitakan dan ia telah menunjukkan kadar keberjangkitan pada masa hadapan agak tinggi,” ujarnya.

Berdasar perkembangan itu katanya, sesuatu langkah mesti dilakukan demi menjaga kselamatan rakyat.

Sementara itu orang ramai yang ditemui akur dengan pembatalan Bazar Ramadan di Kelantan bagi memastikan rantaian wabak tersebut dapat diputuskan.

Seorang peniaga Mohamad Salleh, 45 berkata, sebelum ini beliau berharap dapat mencari rezeki di Bazar Ramadan bagi menampung pendapatan keluarga, namun tidak kecapaian.

“Kami faham tindakan kerajaan negeri itu bukan sengaja kerana mengambil kira wabak Covid yang semakin membimbangkan sekarang. Jangkitan kes positif begitu tinggi,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/4/2021

- Advertisement -