Banteras rasuah sehingga akar umbi

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah melumpuhkan sindiket kartel tender kerajaan yang dipercayai aktif sejak 2014.

Lebih mengecewakan sindiket yang mencecah RM3.8 bilion dengan memonopoli ratusan tender kementerian dan agensi kerajaan mendapat kerjasama daripada ‘orang dalam’ yang memasukkan syarikat bagi proses mendapatkan tender dengan sogokan rasuah.

PAS konsisten membanteras amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam, penguatkuasa termasuklah kepimpinan negara yang jelas merosakkan negara. Langkah membanteras rasuah mesti diberi perhatian khusus sehingga ke akar umbi.

- Advertisement -

Setiap manusia yang diberikan tanggungjawab hendaklah ditanamkan dengan nilai integriti, bersikap jujur dan berprinsip agar dapat menguruskan kepercayaan orang lain terhadapnya dengan sempurna.

Firman Allah S.W.T:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّـهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”

(al-Anfal: 27)

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
6 April 2021 | 23 Syaaban 1442 – HARAKAHDAILY 6/4/2021

- Advertisement -