Wajah baru dinamika politik Malaysia akan satukan PN-MN

Bagaimana PAS tenang menangani kemelut Umno-BERSATU

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyatuan Ummah bukan formula atau hak eksklusif PAS dan Umno tetapi juga kepada mana-mana NGO dan NGI termasuk parti-parti politik dan individu yang sedia menerima kepimpinan Islam dan dasarnya.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, horizon pemikiran dalam melihat kemelut hubungan Umno-BERSATU tidak harus terfokus hanya kepada politik dan pilihan raya sahaja.

Jelas beliau, asas dipegang PAS dalam agenda Penyatuan Ummah adalah luas misalnya dalam menangani projek imunisasi negara memerangi COVID-19 dan membentuk pertumbuhan ekonomi lebih cemerlang untuk rakyat.

- Advertisement -

Terang jurutera dan teknologis profesional ini, Pemuda PAS sendiri berusaha mewujudkan wajah baru dinamika politik Malaysia untuk masa akan datang menerusi pendekatan politik diambilnya.

“Jadi PAS mengambil pendekatan ada perkara-perkara yang boleh kita samakan, contohnya saya melihat rakan-rakan saya daripada PPUM, yang diketuai oleh Dato’ Dr Asyraf dan juga Shahril Hamdan Sufian. Very talented leaders ya, bagus orangnya, kedua-duanya. 

“Yang mana mereka membawa dua idea besar iaitu moratorium dengan i-Sinar. Jadi saya sebagai rakan komponen dalam Muafakat Nasional, saya tidak mengambil pendekatan compete, kita menggunakan mana-mana premis yang kita ada untuk menyuarakan perkara yang sama.

Angle yang saya ambil adalah pada benda yang mereka tak bawa. Contohnya penyalahgunaan alkohol yang kita ambil kes sebelum ini orang yang mabuk langgar orang mati. Kita bawa kepada MOT isu itu tidak dibawa oleh PPUM. 

“Begitu juga dengan isu yang kita boleh kongsi bersama contoh RCI Tabung Haji. Kita juga bawa perkara yang sama. Yang saya nak utarakan sekarang ini ialah selepas ini saya nak usahakan supaya ada satu isu yang kita boleh sama-sama pergi jumpa Menteri. Pemuda Umno, Pemuda PAS dengan Pemuda BERSATU,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional menegaskan perkara tersebut dalam Agenda AWANI membicarakan topik PRU15: Siapa Kawan, Siapa Lawan secara langsung di Studio Astro, kelmarin.

Ir Ts Khairil Nizam turut menafikan terjahan moderator, Mohd Nazri Kahar bahawa Pemuda PAS dan Umno mengambil uslub berbeza dalam menangani isu sedangkan berada dalam gabungan sama.

Tegas beliau, isu sama turut dikemukakan Pemuda PAS menerusi premis yang lain sebagaimana disuarakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari selaku Ahli Parlimen Pasir Mas di Parlimen.

“Sebab itu saya kata, kalau kita, kita ini ada ruang yang luas kan? Kita ada cake on the plate, banyak. Jadi kita bahagi sedikit demi sedikit. Cuma yang saya rasa cabarannya adalah bukan pada isu yang nak dibawa oleh Pemuda Umno dan Pemuda PAS. 

“Tetapi bagaimana nak membawa sekali BERSATU ataupun Armada di dalam isu tersebut. Ini yang saya katakan cabaran besar,” akui Khairil namun optimis ianya dapat diadakan.

Kata beliau, jika semata-mata memperkatakan realiti politik, sememangnya tidak semua pihak ada pendapat atau pandangan politik yang sama, tetapi perkara tersebut terlihat sebaliknya di dalam Kerajaan PN.

Jelasnya, kerajaan didukung bersama BERSATU, Umno dan PAS itu mengambil perspektif yang luas di mana dapat menggerakkan semua Menteri dari parti-parti berbeza ini untuk memastikan rakyat terbela.

“Tapi kalau kita mengambil angle yang sebaliknya, maka tidak berlakulah empowerment Menteri-menteri kita sedangkan Menteri daripada Umno pun ramai, sembilan orang tak silap saya, dan 12 orang daripada Timbalan Menteri.

“PAS sikit, tiga (Menteri) dan juga lima (Timbalan Menteri). Jadi, pada saya, kalau kita melihat style, cara berfikir, cara saya berfikir dan cara saya bawa Pemuda PAS adalah cara yang bersifat korporat. Maknanya kita melihat kepada empowerment of strength.

“Kita nampak strength. Berbeza variasi akan ada kekuatan. Definitely ada weaknesses, definitely ada. Tapi bagaimana kita nak kurangkan kelemahan. Kita nak pastikan perkara ini tidak akan berulang. Ini cabarannya. 

“Kalau semua ada pemikiran yang sama, selari, dipanggil wehdatul fiqh wehdatul amal ataupun keselarian pemikiran, dan tindakan, maka Kerajaan PN akan perform that yang menjadi satu saja kita kata key yang masih belum terjawab ialah siapa bertanding di mana, itu saja,” terangnya. – HARAKAHDAILY 2/4/2021

- Advertisement -