UMK naik taraf Pusat Pengajian Bahasa

- Advertisement -

BACHOK: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menaik taraf Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (PBI) daripada pusat akademik kepada fakulti.

Serentak dengan itu pusat berkenaan dikenali Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) bermula 10 Januari lepas.

Naib Canselornya, Prof Dato’ Ts Dr Noor Azizi Ismail berkata, penubuhan FBI lebih sedekad lalu bertujuan melahirkan modal insan berkualiti tinggi.

- Advertisement -

Katanya, dengan cara itu ia mampu menguasai pelbagai bahasa melalui pembelajaran global berdasarkan pengalaman.

“Peralihan PBI yang merupakan salah satu entiti akademik terawal ditubuhkan semasa penubuhan awal UMK pada 2007.

“Ia bertujuan untuk melengkapkan pelajar daripada aspek kemahiran berbahasa serta insaniah yang dapat membantu dalam pembangunan modal insan yang berkualiti tinggi.

“PBI dari sebuah pusat akademik kepada sebuah fakulti turut menawarkan program-program pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana serta Doktor Falsafah (PhD),” katanya pada perasmian Bangunan FBI di UMK Bachok baru-baru ini.

Bangunan baharu FBI siap dibina di UMK Kampus Bachok pada Jun 2017 seiring dengan pembangunan infrastruktur di UMK.

Dr Noor Azizi juga berkata, sekarang bermula episod baharu kelangsungan pembangunan FBI daripada sebuah pusat pengajian kepada fakulti yang boleh menempatkan 90 kakitangan akademik dan tujuh staf pentadbiran. – HARAKAHDAILY 2/4/2021

- Advertisement -