Harakah terima Anugerah Khas dari UniMAP

- Advertisement -

KANGAR: Sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan (AKP) 2020 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Harakah antara lima agensi media yang menerima anugerah tersebut.

Naib Cancelor UniMAP, Profesor Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, penganjuran ini merupakan salah satu cara universiti dalam menzahirkan penghargaan kepada para penyelidik UniMAP.

“Saya pasti para penyelidik faham bahawa pihak universiti amat menekankan budaya kecemerlangan penyelidikan dan inovasi kerana ia adalah salah satu bidang keberhasilan utama selaras dengan Pelan Strategik Universiti dan kerangka UniMAP 2025.

- Advertisement -

“Malah untuk AKP kali ini, kita turut meraikan rakan-rakan agensi media yang berada di Perlis. Ini merupakan kali kedua anugerah khas diberikan kepada pihak media,” katanya.

Antara media yang turut menerima anugerah tersebut Berita Harian, Sin Chiew Daily, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Suara Merdeka.

Menurutnya lagi, seramai 158 penerima diraikan sempena AKP 2020 yang dikategorikan kepada 20 kategori anugerah.

“AKP pada tahun lalu, sebanyak 22 Kategori Anugerah melibatkan 221 penerima telah menerima pengiktirafan daripada UniMAP.

“Namun berlaku pengurangan pada tahun ini disebabkan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara,” ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, UniMAP kini berada pada kedudukan 151-200 dalam Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2020, yang melayakkan UniMAP berada pada kedudukan 165 daripada 489 institusi di Asia.

Semalam dua wartawan Harakah di Kelantan turut menerima sijil penghargaan sempena sambutan Hari Polis. – HARAKAHDAILY 26/3/2021

- Advertisement -