Peranan wanita harus dipertingkatkan demi negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Populasi wanita di negara ini hampir separuh daripada 32 juta iaitu 15.9 juta menunjukkan betapa penting peranannya seperti menjaga kebajikan dan berjaya untuk menyeimbangkan antara akhlak dan akidah.

Pegawai Psikologi Bahagian Psikologi dan Kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat, Dr Wan Nurayunee Wan Zulkifli berkata, anak-anak muda wanita haruslah mengambil peluang lebih percaya dan lebih berjaya dalam masa yang sama.

Beliau memaklumkan bahawa peranan dalam konteks psikologi dari segi tingkah laku spiritual dan tingkah laku harus seimbang dengan baik.

“Sebagai contoh, wanita bukan sahaja menjaga kebajikan dari segala segi malah, mendidik anak supaya seimbang berjaya dalam akhlak dan akidah.

- Advertisement -

“Jadi, peranan wanita harus menyediakan persediaan ilmu dan juga persediaan emosi kerana wanita merupakan golongan yang penuh dengan cabaran dalam kehidupan,” katanya dalam slot hari ketiga, Slot Selari 1Kluster Kebajikan bagi sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2021.

Slot ini disiarkan di laman Facebook Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang telah berlangsung sejak Isnin lalu bermula jam 9 pagi hingga Rabu.

Sehubungan dengan itu, slot ini juga bertemakan “Wanita Tunjang Kebajikan Keluarga dan Ummah” yang dihadiri oleh empat panel yang dapat memberi manfaat kepada penonton yang menyaksikannya.

“Mungkin ada di kalangan kita tidak bekerja, berada di rumah sebagai suri rumah dan sebagainya. Tetapi kita tetap mencari ilmu.

“Sekarang ini mudah sangat. Contohnya pada hari ini YADIM telah menganjurkan satu program khas kepada wanita sepanjang minggu.

“Jadi itu adalah peluang kita untuk mencari ilmu. Begitu juga dengan program-program lain yang sekarang ini hanya di hujung jari sahaja untuk kita sertai,” ujarnya.

Selain itu, wanita yang berjaya haruslah mengetahui tips-tips yang dapat membangunkan semangat dan mendapatkan inspirasi dari orang-orang yang berjaya.

Dengan kata lain, menggunakan medium dalam talian adalah salah satu cara di era ini untuk mencari ilmu yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang sekeliling.

Walau bagaimanapun, jika seseorang mengalami tekanan dan sebagainya boleh melayari pautan laman sesawang di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mana menyediakan perkhidmatan psikologikal secara terbuka kepada komuniti.

Seterusnya, perkhidmatan yang disediakan oleh bahagian kaunseling juga terdapat program psikologi di mana membawa perkhidmatan ke pelbagai intervensi dan kumpulan sasar.

Jadi, Kumpulan Bersasar di bawah JKM adalah peranan wanita dan komuniti rentan pula merupakan peluang sasar untuk pencegahan pembangunan dan juga pemulihan.

Dari sudut konteks pembangunan, kumpulan sasar akan menjadikan ekonomi lebih teratur dan mampu membina kendiri agar jati diri dapat membangun dengan lebih baik dan mampu berdikari.

Justeru, JKM terdapat pelbagai bantuan yang disediakan untuk kumpulan sasar dan kelayakannya dapat membantu perjuangan melengkapkan kepada orang yang memerlukan seperti bantuan kanak-kanak dan elaun pekerja.

Oleh itu, bantuan-bantuan ini boleh memohon bagi pemohon yang layak melalui pejabat daerah untuk mendapatkan borang dan serahkan borang tersebut di pejabat kebajikan masyarakat di daerah terdekat.

Justeru, pelbagai program komuniti yang menarik untuk menjadi sebahagian sukarelawan dalam membantu masyarakat yang terlibat dalam mangsa bencana alam.

“Antara cabaran, kita kena dedahkan mereka dengan teknologi yang ada untuk mereka dapat memanfaatkan daripada program-program yang telah JKM sediakan.

“Di sini kita buat pemantapan kendiri dan motivasi dari segi upgrade diri untuk mencari peluang yang ada di sekeliling demi menjana ekonomi dan kebajikan masyarakat,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 10/3/2021

- Advertisement -