Mengundi tanggungjawab agama

- Advertisement -

IMAM al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat:

- Advertisement -

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ 

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi…”

(al-Baqarah: 30) 

Beliau mengatakan: Ayat ini adalah merupakan nas syarak yang menunjukkan wajib melantik pemimpin dan tidak ada khilaf ulamak dalam masalah ini.

Sebahagian besar Sahabat Nabi, selepas sahaja menunaikan solat jenazah ke atas Nabi S.A.W, mereka tidak hadir ke pengkebumian Nabi S.A.W. Mereka berhimpun di Saqifah Bani Sa`idah untuk bermesyuarat melantik pemimpin selepas Nabi. Menunjukkan betapa pentingnya melantik pemimpin di sisi agama Islam. Ini dijelaskan oleh tokoh-tokoh ulamak, di antaranya: 

Imam al-Ghazali berkata:

اَلدِّيْنُ أُسٌّ وَالسُّلْطَانُ حَارِسٌ وَمَا لاَ أُسَّ لَهُ فَمَهْدُومٌ وَمَا لَا حَارِسَ لَهُ فَضَائِعٌ

“Agama itu adalah asas sedangkan pemerintah sebagai pengawalnya. Apa-apa yang tidak ada asas, nescaya boleh membawa keruntuhan dan apa-apa yang tidak ada pengawal akan menjadi hilang.”

Imam al-Mawardi berkata:

اَلإِمَامَةُ مَوضُوعَةٌ لِخِلَافَةِ النُّبُوَّةِ فيِ حِرَاسَةِ الدِّيْنِ وَسِيَاسَةِ الدُّنْيَا بِهِ

“Pemimpin utama itu dilantik adalah untuk menjadi pengganti tugas kenabian dalam mengawal agama dan memerintah dunia dengan agama.”

Justeru, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam, berumur 21 tahun ke atas, daftarlah sebagai pengundi demi menunaikan tanggungjawab agama dan hak bernegara. Sesungguhnya kestabilan negara dan penguasaan Islam sebagai agama yang memerintah terletak di tangan anda.

USTAZ SHAHRIL AZMAN ABD HALIM AL HAFIZ
YDP PAS Kawasan Kuala Krau
ADUN Jengka – HARAKAHDAILY 22/2/2021

- Advertisement -