Sijil Digital Vaksin

- Advertisement -

SIJIL Digital Vaksin (Digital COVID-19 Vaccine Immunisation Certificate) tidak perlu dibimbangi pun sebab ianya bukan menyatakan bahawa vaksin itu mengandungi microchip atau nanochip. Bahkan dalam SDVC itu tiada pun maklumat rahsia seperti nombor akaun bank kita, password diri kita atau sebagainya. Ianya hanya maklumat tarikh vaksin disuntik di mana tempat disuntik serta nombor batch vaksin yang diberikan, itu sahaja. Tiada kaitan pun dengan penguasaan Dajal di sini. Janganlah terlalu paranoid. Bahkan ia bukan untuk mengawal diri kita sebagai robotpun, semata-mata mempunyai sijil digital itu. 

Kita perlu ingat bawa kita sudah beralih ke satu zaman digital dari zaman analog. Teknologi dibangunkan untuk memudahkan kehidupan kita. Aplikasi MySejahtera yang mengeluarkan sijil digital ini diwujudkan demi keselamatan supaya tiada penipuan di kalangan mereka-mereka yang tertentu. Terdapat pihak tertentu yang cuba mengelak untuk mengambil vaksin. Aplikasi MySejahtera yang terdapatnya sijil digital tersebut yang digunakan untuk memudahkan pengesahan apabila kita mengambil vaksin. 

- Advertisement -

Kalau ianya dibuat secara manual sama seperti dengan pemberian vaksin haji. Ada yang menipu cucuk vaksin dan mereka membayar kepada pihak-pihak tertentu supaya olok-olok cucuk dan tandatangan atas buku kesihatan haji. Memang terang-terangan menipu, nak pergi haji pun tipu.

Ianya sama jugalah sijil digital apabila kita masuk kursus webinar atau mana-mana seminar atas talian. Pihak penganjur akan keluarkan sijil digital. Anak-anak kita yang sertai apa-apa pertandingan sekolah pun diberi pengesahan secara digital dan sebagainya. Ini adalah kecanggihan teknologi yang perlu kita akui. Bukannya nak menolak supaya kita semakin senang.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 18/2/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -