Bantu bina semula rumah mangsa kebakaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Parlimen Pendang akan membantu membina semula rumah yang terbakar di Kampung Titi Lengkok, Jenun, semalam.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Awang Hashim berkata, kebakaran membabitkan rumah kediaman milik pasangan Mohamad Yusof Shaari dan Habibah Ahmad sekitar jam 12.30 tengah hari.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau berkata, mereka merupakan peniaga makanan di sekitar Guar Cempedak dan Yan.

- Advertisement -

Malangnya, kata beliau ketika kejadian, pasamgan terbabit tiada di rumah serta hampir keseluruhan rumah dijilat api.

Katanya, selepas solat Jumaat, beliau bersama pegawai Pusat Khidmat Parlimen Pendang menziarahi pasangan terbabit dan menyampaikan bantuan kepada mereka.

“Insya-Allah, pegawai saya dari Pusat Khidmat Parlimen Pendang akan membantu Mohamad Yusof dan isterinya untuk membina semula rumah pasangan mereka.

“Semoga Allah SWT merahmati kita semua,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pendang. – HARAKAHDAILY 13/2/2021

- Advertisement -